Nagaland

Ini Adalah Salah Seorang Daripada Pemimpin Mahasiswa Di University Of Hyderabad. Beliau Berasal Dari Nagaland? Dimana Nagaland? Nagaland Adalah Antara Pecahan Negeri Di India. Kelihatan Seperti Beliau Berbangsa Sepanyol Mahupun Mexico. Namun Beliau Dilihat Sangat Agresif & Rasional Dalam Memberikan Pendapat. Pernah Dengar Nama Nagaland? Saya Ingat Hanya Dalam Cerita Dongeng Nama Ini Wujud.
Charminar, Hyderabad

Suasana : Penuh Sesak
Warna : Pudar
Tema : Ketamadunan
Dalam Gambar Ada Cerita :
Sekali Lagi Saya Memasukan Gambar Sewaktu Berada Di Kota Hyderabad, Andhra Pradesh, India Sewaktu Melawat Ke Sana Dulu. Ini Adalah Charminar. Yang Membawa Maksud (Char = Empat, Minar = Menara). Sebuah Seni Bina Yang Pada Aku Sangat Halus Hasilnya. Namun Kegiatan Perniagaan Manusia Di Sekitar Agak Mencacatkan Pemandangan Senibina Ini. Tidak Banyak Cerita Yang Aku Boleh Ceritakan Berkenaan Dengan Charminar. Kalau Nak Tahu Lebih Lanjut Carilah Sendiri Ye.
Konvo + Putrajaya

Gambar Ni Aku Suker Sebab Ader Gabungan Pelbagai Jenis Unsur.
Suasana : Baru Lepas Hujan
Warna : Pelbagai (Warna Cerah Menjadi Fokus)
Tema : Paduan Ilmu & Keimanan
Dalam Gambar Ada Cerita :
Biasalah Hadirnya Setiap Konvokesyen Upacara Mengambil Gambar Sebanyak Mungkin Tidak Akan Dilepaskan. Lokasi Putrajaya Tidak Terlepas Untuk Menjadi Mangsa Lensa Kamera Bagi Graduan Di Universiti Sekitar Lembah Kelang. Namun Hari Itu Hujan Turun Dengan Lebatnya Hingga Ke Petang. Akibar Semarak Semangat Untuk Meraikan Konvokesyen Maka Ada Yang Sanggup Redah Menaiki Motosikal Untuk Tiba Ke Lokasi (Aku La Tu..) Perjalanan Selama 15 Minit Sambil Dihinggapi Titis² Air Hujan Yang Kadang Renyai & Kadang Lebat Tidak Mematahkan Semangat Untuk Meneruskan Perjalanan. Nampaknya Perlukan Pengorbanan Juga Eh Walau Kat Mana Pun Kita. Demi Rakan². Huu…



| Posted in » 

